Friday, November 7, 2008

Antara John McCain & Najib Tun Razak









Jika dilihat kedua-duanya mempunyai raut wajah yang agak seiras. Kedua-duanya mempunyai rambut yang sudah memasuki 'musim luruh' (tapi Najib hensem sikit la sebab ada rambut yang masih hitam..hahaha..). Cuma perbezaan yang ketara sedikit ialah bibir Najib lebih merah berbanding McCain (macam pakai gincu daa..) dan Najib mempunyai sedikit kumis misai di atas bibirnya yang merah.

Namun persoalan yang ingin penulis lontarkan di sini bukanlah persamaan & perbezaan wajah antara keduanya semata-mata. Tapi jauh lebih itu kita ingin menganalisis persamaan & perbezaan perjalanan karier politik Najib Tun Razak bersama 'kembarnya' itu.

Najib sepertimana yang diketahui ramai sedang meniti jalan ke puncak kuasa sebagai Presiden UMNO untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Justeru ada beberapa persoalan yang ingin penulis lontarkan berdasarkan pemerhatian penulis terhadap 'background' keduanya yang ada persamaan dan mungkin juga menjadi faktor terbesar kekalahan McCain kepada Obama baru-baru ini.

McCain merupakan 'calon tua' dari Demokrat dalam pemilihan Presiden AS kali ini. Bukan tiada calon yang lebih muda, tetapi McCain dirasakan 'layak' untuk menyambung legasi pemerintahan ala teroris yang telah dimulakan oleh George Walker Bush. Sama situasinya seperti Najib yang ingin menyambung legasi pemerintahan 'entah apa-apa' ala Pak Lah Badawi, cuma perbezaannya ialah UMNO sebenarnya memang ketandusan calon muda yang layak untuk diketengahkan bagi menandingi Najib. Masakan tidak apabila semua pemimpin mahasiswa telah 'dibodohkan & diayam-itikkan' bermula sejak menjadi pemimpin mahasiswa tajaan UMNO di peringkat kampus lagi.

Lagi, mengikut pandangan beberapa orang penganalisis politik, faktor utama kekalahan McCain yang paling besar ialah hilangnya kepercayaan rakyat AS kepada pemerintahan Republikan khususnya di bawah George Walker Bush. Jika dilihat kembali, faktor ini juga yang menjadi kegusaran Najib waktu ini apabila rakyat Malaysia semakin benci & muak kepada pemerintahan Barisan Nasional khususnya di bawah Pak Lah Badawi. Sebagaimana McCain yang dilihat lebih ekstrim dalam pendekatan luarnya, begitu jugalah Najib yang dilihat lebih teruk peribadinya berbanding Pak Lah Badawi.

Faktor sejarah silam McCain juga menjadi antara kegusaran rakyat AS untuk memilih McCain. Walaupun tidak sehandal Najib Tun Razak yang memalitkan pembunuhan Altantuya kepada Razak Baginda, McCain dalam sejarah hidupnya pernah terlibat dalam Perang Vietnam & dilihat sebagai individu yang pro kepada peperangan. Dengan latar belakang keduanya yang mengancam keselamatan, adalah mustahil dari segi hakikatnya untuk mereka meraih kepercayaan khalayak ramai.

Cuma persoalannya di sini ialah, adakah kejatuhan McCain dalam usahanya untuk menjadi antara manusia yang paling berkuasa di dunia akan mempengaruhi kejatuhan Najib dalam 'cita-cita murninya' itu untuk menjadi lelaki yang paling berkuasa di Malaysia? Mampukah Najib berbohong sekali lagi kepada rakyat Malaysia untuk membuktikan dirinya benar-benar 'suci & bersih'? Sama-samalah kita fikirkan...

Wednesday, November 5, 2008

Perjalanan Terakhir Sang Pemburu Syurga

Penulis pada hari ini mendapat maklumat dari rakan-rakan di Indonesia tentang keadaan & kondisi ketiga-tiga pengebom di Bali iaitu Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas yang telah dihukum mati beberapa hari yang lalu. Mereka yang terkenal dengan jolokan 'Pemburu Syurga' itu begitu gembira dengan keputusan hukuman tersebut kerana cita-cita murni mereka untuk bertemu Khaliq dalam keadaan mempertahankan Agama Allah ini bakal terlaksana.

Mungkin sukar untuk dimengertikan akan rasional tindakan mereka. Akan tetapi perlu diingat bahawa tindakan mereka itu berdasarkan ijtihad semasa yang mereka nampak & mereka rasai dalam konteks tempat mereka. Justeru pada penulis, sebagai rakan pejuang yang sama-sama berada dalam landasan perjuangan untuk menegakkan kebenaran, tindakan yang telah mereka ambil haruslah dihormati. Bagaimana kita di Malaysia merasai bagaimana sukarnya untuk menegakkan kebenaran & keadilan di sini, begitulah juga kondisi mereka yang pada hemat penulis, pasti berhadapan dengan kesusahan yang terpaksa ditempuh untuk menghalang kebatilan dari berleluasa, bahkan mungkin lebih sukar.

Oleh yang demikian, penulis berharap agar Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas mendapat apa yang dihajati di akhirat kelak. Sejujurnya dari penulis sendiri, memang apa yang diperjuangkan selama ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Mungkin tidak sealiran dengan metod perjuangan seperti yang dipilih oleh Pemburu-pemburu Syurga ini. Tapi dari sudut pengakhirannya, penulis, Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas berkongsi matlamat perjuangan yang sama iaitu ALLAH dan 'tempat berehat' yang sama iaitu SYURGA. Wallahua'lam...

Tuesday, November 4, 2008

Suntikan Minda Menjelang Peperiksaan...

Hari ini merupakan tarikh rasmi bermulanya peperiksaan akhir semester yang melibatkan sebahagian besar mahasiswa Universiti Malaya. Pastinya di fikiran masing-masing mengharapkan segala usaha setelah berpenat lelah sepanjang semester ini mendapat imbalan yang setimpal. Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang menginsafi kekerdilan diri, pada fasa inilah masa yang terbaik untuk memperbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Masakan tidak! Pada waktu-waktu genting inilah menjadi kebiasaan pada seluruh manusia untuk memaksimumkan usaha, baik rohani mahupun jasmani, dalam mendepani halangan & rintangan yang ada dengan bantuan nusrah daripada-Nya.

Penulis sendiri pun, sewaktu menulis makalah kecil ini masih sibuk membelek-belek nota yang berada di sisi. Cuma pada penulis, dalam kehidupan juang yang penuh cabaran ini, sewajarnya tiada istilah memilih waktu dalam mendekatkan diri pada Yang Esa. Baik fasa peperiksaan mahupun tidak, sepatutnya nilai kualiti pengabdian kepada Khaliq itu maintain & agresif, pada setiap saat & ketika.

Selain itu, dalam kesibukan kita dengan nota-nota & bacaan pada soalan-soalan yang lepas, suka untuk penulis ingatkan bahawa jiwa mahasiswa itu harus sentiasa 'hidup' dengan roh perjuangan yang kental. Paling kurang sekalipun, mengambil tahu apa yang berlaku & isu-isu yang menggigit hati nurani masyarakat. Penulis tidak pasti sama ada rakan-rakan mahasiswa di luar sana sudah maklum tentang pelepasan kontroversi Razak Baginda dari pertuduhan kes membunuh Altantuya. Penulis juga tidak pasti sama ada taulan pejuang mahasiswa di luar sana tahu tentang kenyataan terbaru Najib Tun Razak kepada media antarabangsa Bloomberg berhubung usaha UMNO untuk menagih kembali sokongan rakyat.

Penulis juga turut tertanya-tanya kalau-kalau juga ada yang masih tahu tentang kempen calon-calon Presiden AS berhubung sokongan terhadap Yahudi & Gerakan Zionismenya. Penulis juga yakin & percaya, ramai pejuang mahasiswa di luar sana yang mungkin culas dalam mengambil peduli terhadap analisis unjuran masa hadapan terhadap inflasi tahap kritikal yang di alami oleh AS sekarang. Dan penulis juga ternanti-nanti apa tindakan mahasiswa pada masa ini berhubung usaha Najib Tun Razak untuk berada di puncak kuasa dalam keadaan Rosmah yang bergelumang dengan 1001 persoalan yang tidak terjawab.

Untuk lontaran di atas, tahniah penulis ucapkan bagi mereka yang masih lagi berada di alam realiti dengan tidak terperangkap dengan alasan 'untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan'. Bagi penulis, walau apa pun zon dalam fasa kehidupan ini, kita tetap berada di alam realiti, alam yang menagih sepenuhnya kekuatan & keprihatinan mahasiswa untuk mendepani keadaan & massa. Perjuangan itu pada hakikatnya tidak akan pernah terhenti dengan terma-terma 'alam peperiksaan, alam perkahwinan, alam pekerjaan dan lain-lain'. Sebaliknya, terma-terma inilah yang mengajar sekelian pejuang untuk lebih agresif & cekap dalam mengendalikan rutin putaran kehidupan semasa.

Akhir kata, penulis berharap agar jiwa yang pernah bersumpah untuk mengenderai terus agenda perjuangan mahasiswa ini akan lebih marak, selari dengan julangan semangat untuk berjaya di medan peperiksaan. Biarlah dunia pada hari ini menjadi saksi akan perjuangan mahasiswa dalam menongkah arus perdana. Kerana pada hakikatnya, perjuangan anak muda itu tidak pernah menuntut untuk diberikan kuasa, jauh lagi berada di puncak kuasa seperti yang sedang diusahakan oleh Najib Tun Razak sekarang. Pada mahasiswa, berpadalah dengan setiap warganegara yang tercinta ini mendapat hak yang sepatutnya mereka perolehi, di samping menegakkan politik nilai dalam setiap lapangan kehidupan. Tanpa kuasa, tanpa penyalahgunaan kuasa. Titik.