Tuesday, June 30, 2009

Rintihan Belasku Buat Ibu & Ayah Izzuddin serta Syahruldeen

Berita yang beru penulis baca dalam um-today.com & mahasiswakini.com, cukup menyayat hati penulis sebagai seorang manusia biasa. Tidak pernah terbayang di fikiran penulis bagaimana 2 orang individu yang belum tentu dibuktikan bersalah, telah 'dihukum' keluarganya, dengan penafian hak untuk memperoleh maklumat & pemakluman awal tentang penahanan anak mereka.

Dan penulis tidak dapat melupakan wajah sayu orang tua mereka yang sangat terhiris dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Ya, penulis dapat membayangkan air mata sayu yang keluar dari kelopak mata ibu & ayah mereka...

Bahkan lebih menyedihkan, kedua ibu bapa mereka juga terheret dengan kerisauan takut-takut anak mereka juga mengalami nasib yang sama seperti mendiang Kugan, yang ditemui mati dalam tahanan polis selepas penahannya tidak dimaklumkan kepada kedua ibu & bapanya.

Pada penulis, inilah dugaan yang paling perit buat mereka selaku ibu & ayah yang menyayangi anaknya lebih daripada segala-galanya. Allahuakbar.. Agaknya mampukah penulis untuk menghadapi dugaan yang sama sebagaimana yang dialami mereka...?

Dan kerana itulah, penulis & pimpinan-pimpinan lain dalam PMIUM telah sebulat hati untuk memberikan bantuan guaman kepada keduanya kerana kami tidak mahu kesedihan yang ditanggung oleh mereka, dibebankan lagi dengan keterdesakan untuk mencari peguam peribadi yang yurannya pasti mencecah puluhan ribu ringgit.

Oleh yang demikian, penulis dengan rendah hati menyeru kepada seluruh mahasiswa di luar sana, pandanglah mereka yang teraniaya ini dengan pandangan belas, bukan sekadar menghukum yang pastinya menambahkan lagi kesedihan waris mereka yang telah sedia menanggung derita yang tidak terucap dengan kata-kata...

Monday, June 29, 2009

Manifestasi Jihad Bagi Aktivis Mahasiswa

Tatkala membicarakan persoalan jihad, biasa terbayang, baik yang muslim mahupun non-muslim, sekelompok individu yang yang menggalas senjata, samada yang moden mahupun konvensional, & bertempur di medan perang secara berdepan dengan seluruh ketumbukan kuffar. Ya, mudah untuk membayangkan kerana inilah medan yang ditempuh oleh pejuang-pejuang Islam di Palestin, Chechnya dan Kashmir.

Dan memang, penulis bersependapat dengan Ibn Taimiyyah yang meletakkan jihad qital seperti di atas merupakan martabat jihad yang paling tinggi.

Namun, bukanlah konteks jihad itu yang ingin penulis sentuh atas kapasiti penulis sebagai aktivis mahasiswa Islam. Justeru yang paling dekat ingin penulis singgung dalam warkah pendek ini ialah medan jihad yang sebenar bagi mahasiswa di Malaysia.

Dalam menanggapi aktivisme mahasiswa, mahasiswa sering dituntut untuk berhadapan dengan kezaliman & penindasan dari kelompok yang memegang kuasa. Dan lagi, selepas pasca perubahan yang besar dalam landskap politik nasional, anjakan yang labih agresif dalam aktivisme mahasiswa merupakan suatu kefardhuan yang sangat dituntut dasawarsa ini.

Penulis teringat bagaimana pegangan & keimanan yag dipegang oleh kelompok mahasiswa di Iran tatkala menghadapi kezaliman pemerintahan Shah Pahlavi. Cukup sekadar pemahaman yang kejap tentang 'amar makruf, nahi mungkar' & peranan mereka untuk membangun negara baru Iran, mahasiswa menggunapakai seluruh instrumen-instrumen berpengaruh untuk memastikan terjaminnya masa depan bangsa Iran yang baru.

Justeru, menjadi suatu mainstream jihad yang relevan pada seluruh mahasiswa untuk mengepalai gelombang perubahan ini. Dan sesuai dengan kapasiti sebagai suatu kelomp0k yang intelektual, seharusnya gelombang perubahan ini tidak hanya bersifat memusnah kepada anasir-anasir yang mencemari negara ini, bahkan perlunya suatu tindakan yang membina negara (bukan membina pemerintah!), baik dari sudut sosio-budayanya mahupun sosio-politiknya, sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Akhirnya, penulis mengharapkan agar warkah pendek ini bakal mencerna aktivisme mahasiswa dengan laras fikrah yang suci, sesuai dengan keadaan Islam itu yang menjadi rahmah kepada sekelian alam..

Saturday, June 27, 2009

Lemahnya pemimpin negaraku...

Berhubung isu penganiayaan amah atau pembantu rumah dari Indonesia & isu Ambalat, penulis berpandangan, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib Tun Razak sangat perlahan dalam mengambil step untuk mengatasinya.

Sudahlah Malaysia tiada apa-apa stand berhubung tindakan balas terhadap pembunuhan di Selatan Thai, isu yang bersifat penjernihan hubungan diplomatik ini pun masih mahu berkira-kira ke untuk bertindak?

Mahasiswa ingin bertanya kepada Najib, perkara apa yang terlalu disibukkan sehingga terlalu lembab untuk menyelesaikan masalah ini? Kalau terlalu dangkal untuk akal itu berfikir, 'PIC'kan sahaja pada mana-mana menteri yang mempunyai kredibiliti & dihormati oleh masyarakat serantau untuk menyelesaikannya.

Takkanlah kerana pilihanraya kecil di Manek Urai yang percent kemenangannya kepada PAS tinggi, telah menyesakkan kepala Najib untuk berfikir? Common la.. Act as a leader. Hal ini sudah semakin parah..

Atau Najib ingin mahasiswa 'mengajar' cara-cara untuk bertindak dengan lebih cepat? Rakan-rakan mahasiswa di luar sana, ada apa-apa pandangan?

Thursday, June 25, 2009

Ayuh Mahasiswa!!

Esok, pada tanggal 25 Jun, lepas Jumaat, pada jam 2.30 petang, seluruh aktivis mahasiswa akan berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji, untuk berarak hingga di hadapan Kedutaan Thailand.

Demonstrasi ini bertujuan untuk membuat beberapa tuntutan. Antaranya:

1- Menuntut supaya Selatan Thailand (Patani, Yala, & Narathiwat) dimerdekakan.
2- Kembalikan hak penduduk di situ
3- Tarik balik semua tentera yang ditempatkan di situ, yang telah menjadi punca kepada konflik
sehingga ke hari ini.

Justeru, seluruh mahasiswa & anak muda Islam diseru untuk hadir dalam memastikan suara bantahan dari anak muda di Malaysia ini sampai ke seluruh dunia, kerajaan Thailand khususnya.

Monday, June 22, 2009

PAS Perlu Lebih Matang Berpolitik

Menyelusuri keadaan yang berlaku dalam politik Malaysia semasa sekarang, PAS perlu lebih matang dalam berpolitik. PAS tidak boleh lagi berfikir dengan kerangka pemikiran yang lama, bahkan perlu ada paradigma sebagai 'government in waiting' pada seluruh pendokong PAS.

Isu kerajaan perpaduan pada hakikatnya telah mencetuskan syak wasangka yang tidak kurang hebatnya kepada seluruh pendokong non-muslim dalam PAS. Mujurlah kenyataan-kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, baik dalam PKR mahupun DAP, kedengaran agak 'non-controvercial' sifatnya yang boleh memberikan sedikit nafas lega kepada pendokong Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Hakikatnya, PAS perlu belajar daripada rakannya di seberang iaitu Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang sangat terkehadapan dalam mengambil langkah politik, dengan mengambil sisi perjuangan yang bersifat negarawan & berminda pemerintah walaupun pada hakikatnya PKS belum lagi memerintah Indonesia.

Penulis berpandangan bahawa PAS akan muncul sebagai sebuah parti besar dalam 5 tahun akan datang. Dengan syarat, PAS terus komited dengan momentumnya ketika sebelum tercetusnya isu kerajaan perpaduan & cakap-cakap untuk bergabung dengan UMNO. Dengan keupayaan menaungi masyarakat berbilang kaum atas nama Islam, PAS hanya perlu menyediakan pemimpin yang benar-benar berkaliber sahaja untuk terus melestarikan kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut dalam upaya untuk memerintah Malaysia di masa akan datang.