Friday, November 7, 2008

Antara John McCain & Najib Tun Razak









Jika dilihat kedua-duanya mempunyai raut wajah yang agak seiras. Kedua-duanya mempunyai rambut yang sudah memasuki 'musim luruh' (tapi Najib hensem sikit la sebab ada rambut yang masih hitam..hahaha..). Cuma perbezaan yang ketara sedikit ialah bibir Najib lebih merah berbanding McCain (macam pakai gincu daa..) dan Najib mempunyai sedikit kumis misai di atas bibirnya yang merah.

Namun persoalan yang ingin penulis lontarkan di sini bukanlah persamaan & perbezaan wajah antara keduanya semata-mata. Tapi jauh lebih itu kita ingin menganalisis persamaan & perbezaan perjalanan karier politik Najib Tun Razak bersama 'kembarnya' itu.

Najib sepertimana yang diketahui ramai sedang meniti jalan ke puncak kuasa sebagai Presiden UMNO untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Justeru ada beberapa persoalan yang ingin penulis lontarkan berdasarkan pemerhatian penulis terhadap 'background' keduanya yang ada persamaan dan mungkin juga menjadi faktor terbesar kekalahan McCain kepada Obama baru-baru ini.

McCain merupakan 'calon tua' dari Demokrat dalam pemilihan Presiden AS kali ini. Bukan tiada calon yang lebih muda, tetapi McCain dirasakan 'layak' untuk menyambung legasi pemerintahan ala teroris yang telah dimulakan oleh George Walker Bush. Sama situasinya seperti Najib yang ingin menyambung legasi pemerintahan 'entah apa-apa' ala Pak Lah Badawi, cuma perbezaannya ialah UMNO sebenarnya memang ketandusan calon muda yang layak untuk diketengahkan bagi menandingi Najib. Masakan tidak apabila semua pemimpin mahasiswa telah 'dibodohkan & diayam-itikkan' bermula sejak menjadi pemimpin mahasiswa tajaan UMNO di peringkat kampus lagi.

Lagi, mengikut pandangan beberapa orang penganalisis politik, faktor utama kekalahan McCain yang paling besar ialah hilangnya kepercayaan rakyat AS kepada pemerintahan Republikan khususnya di bawah George Walker Bush. Jika dilihat kembali, faktor ini juga yang menjadi kegusaran Najib waktu ini apabila rakyat Malaysia semakin benci & muak kepada pemerintahan Barisan Nasional khususnya di bawah Pak Lah Badawi. Sebagaimana McCain yang dilihat lebih ekstrim dalam pendekatan luarnya, begitu jugalah Najib yang dilihat lebih teruk peribadinya berbanding Pak Lah Badawi.

Faktor sejarah silam McCain juga menjadi antara kegusaran rakyat AS untuk memilih McCain. Walaupun tidak sehandal Najib Tun Razak yang memalitkan pembunuhan Altantuya kepada Razak Baginda, McCain dalam sejarah hidupnya pernah terlibat dalam Perang Vietnam & dilihat sebagai individu yang pro kepada peperangan. Dengan latar belakang keduanya yang mengancam keselamatan, adalah mustahil dari segi hakikatnya untuk mereka meraih kepercayaan khalayak ramai.

Cuma persoalannya di sini ialah, adakah kejatuhan McCain dalam usahanya untuk menjadi antara manusia yang paling berkuasa di dunia akan mempengaruhi kejatuhan Najib dalam 'cita-cita murninya' itu untuk menjadi lelaki yang paling berkuasa di Malaysia? Mampukah Najib berbohong sekali lagi kepada rakyat Malaysia untuk membuktikan dirinya benar-benar 'suci & bersih'? Sama-samalah kita fikirkan...

No comments: