Saturday, December 5, 2009

Sebutan Kes Di Mahkamah

Pada hari Isnin ini, 7hb Dis, jam 8 pagi, penulis akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta untuk bacaan kes & pertuduhan secara rasmi. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat untuk mengikuti kes ini secara lebih dekat, bolehlah hadir ke sana pada pagi tersebut.

Terima kasih juga penulis rakamkan kepada rakan-rakan yang telah memberi sokongan yang tidak putus-putus kepada penulis. Buat seluruh mahasiswa, hidupkan semangat perjuangan anak muda dengan idealisme yang menggugat. Dan kepada seluruh ahli gerakan mahasiswa Islam, tidak ada halangan yang boleh mematikan kebenaran & prinsip keadilan sekalipun ianya datang daripada mereka yang benar-benar berkuasa pada kaca mata manusia biasa!

11 comments:

DaVillageBoy said...

Dari anda:
Dan kepada seluruh ahli gerakan mahasiswa Islam, tidak ada halangan yang boleh mematikan kebenaran & prinsip keadilan sekalipun ianya datang daripada mereka yang benar-benar berkuasa pada kaca mata manusia biasa!

dariku:
kenapa???anda mahu menyatakan yang allah sentiasa bersama mereka yang benar...andai jika anda kalah bagaimana pula...

aiSya hUmaira said...

seandainya beliau kalah?

sejajar dengan peringatan ALLAH
Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan masing2

selari dengan kemampuan dan peningkatan iman hambaNya

serahkan segala2nya kepada ALLAH
dalam setiap kesulitan pasti ada kemudahan, itu janji ALLAH

ALLAH akan bersama2 dengan ustaz

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang muda-muda umurnya, pendek akalnya. Mereka mengatakan sebaik-baik ucapan manusia. Mereka membaca al-Qur’an (tapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama ini seperti melesetnya anak panah dari (tubuh haiwan) buruannya. Maka jika kalian mendapati mereka (khawarij), perangilah mereka! Kerana sesungguhnya orang-orang yang memerangi mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat’.
(Muttafaqun alaihi, al-Bukhari, no. 3611, 6930 dan Muslim, no. 1066)

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamualaikum saudaraku.

Terima Kasih Atas Kritikan Saudara Yang Saudara Sampaikan kepada Saya.

Dari aspek bahasa saya tidak menuduh sesiapa pun menjadi Khawarij. Ini kerana bersandarkan kepada tatabahasa yang saya gunakan dan 'tanda soal(?)' di akhir tajuk artikel memperlihatkan saya tidak memperakukan saudara sebagai Khawarij. Tetapi kalau saudara mengatakan saya menuduh saudara sebagai Khawarij, terpulanglah. Saya tidak ada sebarang bantahan.

Saudara, saya tidak kesah saudara mempersoalkan keilmuan saya dalam bidang agama / politik, kerana saya menulis bukan untuk mendapatkan pengiktirafan dari mana-mana pihak. Saya sekadar menyampaikan ilmu ALLAH dan Rasulnya selain menjalankan amanah yang diberikan oleh ALLAH kepada setiap individu yang bergelar muslim/muslimah dalam berpesan-pesan demi kebaikkan kita bersama.

Saudaraku yang aku kasihi, tidak adalah niat dihati ini mahu memperkecilkan keilmuan saudara dalam bidang saudara, namun dalam masa yang sama sewajarnya saudara menghormati lapangan ilmu yang saya ada.

Mengenai persoalan yang saudara kemukakan berhubung isu Khawarij, saya dan beberapa sahabat saya pernah menulis mengenai perkara ini. Jadi saya rasa baiklah kiranya saudara ke alamat dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai persoalan ini:

http://penaminang.blogspot.com/2009/06/pemberontak-khawarij-pecah-belah-siri-1.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/pemberontakan-mencela-pemerintah-syiar.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/hukum-menjatuhkan-pemerintah-islam.html

http://penaminang.blogspot.com/2009/06/demonstrasi-bukan-jihad-siri-1.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/cercaan-maki-hamun-memfitnah.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/islam-mengharamkan-hizbi.html

http://penaminang.blogspot.com/2008/09/sikap-ahli-sunnah-terhadap-pemerintah.html

Saudaraku, bacalah segala wacana penulisan ini dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka. Setiap hujjah saya kemukakan bukanlah dari akal saya, tetapi dari ulama mukhtabar dan terkenal selain dari pembelajaran saya dari beberapa ustaz yang jujur dalam pengajarannya.

Saudaraku, dalam kegairahan saudara 'merevolusikan' minda saudara dan sahabat-sahabat saudara, pastikanlah dahulu kita menyelidik secara mendalam adakah syarak menghalalkan cara kita ini.

Walaubagaimanapun saya akan terus menyokong perjuangan saudara (dalam perkara yang benar sahaja) bagi menegakkan syiar Islam di Muka Bumi ALLAH ini.

Wassalam.

Ibn Ali said...

salam ustaz hebat. Enta dah minta maaf atau bercakap dengan nasrul izad, mpm kuis ke?

Jangan, kalut sangat.

nory izecson said...

ape yg anda 'kejar' sebenarnya???

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga terus thabat dlm perjuanagn..amin (^_^)

Mohd Izzu'ddin Ismail said...

Salam juang... Bersabarlah di atas ujian Allah. Dia uji kita untuk tengok sama ada pandai cakap atau betul2. Semangat perjuangan msti kna jaga. Semoga istiqamah.

shukri said...

Sesungguhnya pejuangan untuk menegakkan agama Allah ini amat2 panjang dan penuh dengan liku2...

Mohamadazhan hjDesa said...

salam perjuangan munir

teruskan usaha murni utk berjunang demi keadilan dan kebenaran.

kpd pena minang, tak perlu lah label2 ttg khawarij, anta tak faham sejarah, tafsir hadis ikut kepala sahaja, belajr agama dari guru yang mursyid.

ibnu uthman said...

salam akhi semoga nta orang sentiasa thabat dan istiqomah dalam perjuanagn islam...