Monday, June 29, 2009

Manifestasi Jihad Bagi Aktivis Mahasiswa

Tatkala membicarakan persoalan jihad, biasa terbayang, baik yang muslim mahupun non-muslim, sekelompok individu yang yang menggalas senjata, samada yang moden mahupun konvensional, & bertempur di medan perang secara berdepan dengan seluruh ketumbukan kuffar. Ya, mudah untuk membayangkan kerana inilah medan yang ditempuh oleh pejuang-pejuang Islam di Palestin, Chechnya dan Kashmir.

Dan memang, penulis bersependapat dengan Ibn Taimiyyah yang meletakkan jihad qital seperti di atas merupakan martabat jihad yang paling tinggi.

Namun, bukanlah konteks jihad itu yang ingin penulis sentuh atas kapasiti penulis sebagai aktivis mahasiswa Islam. Justeru yang paling dekat ingin penulis singgung dalam warkah pendek ini ialah medan jihad yang sebenar bagi mahasiswa di Malaysia.

Dalam menanggapi aktivisme mahasiswa, mahasiswa sering dituntut untuk berhadapan dengan kezaliman & penindasan dari kelompok yang memegang kuasa. Dan lagi, selepas pasca perubahan yang besar dalam landskap politik nasional, anjakan yang labih agresif dalam aktivisme mahasiswa merupakan suatu kefardhuan yang sangat dituntut dasawarsa ini.

Penulis teringat bagaimana pegangan & keimanan yag dipegang oleh kelompok mahasiswa di Iran tatkala menghadapi kezaliman pemerintahan Shah Pahlavi. Cukup sekadar pemahaman yang kejap tentang 'amar makruf, nahi mungkar' & peranan mereka untuk membangun negara baru Iran, mahasiswa menggunapakai seluruh instrumen-instrumen berpengaruh untuk memastikan terjaminnya masa depan bangsa Iran yang baru.

Justeru, menjadi suatu mainstream jihad yang relevan pada seluruh mahasiswa untuk mengepalai gelombang perubahan ini. Dan sesuai dengan kapasiti sebagai suatu kelomp0k yang intelektual, seharusnya gelombang perubahan ini tidak hanya bersifat memusnah kepada anasir-anasir yang mencemari negara ini, bahkan perlunya suatu tindakan yang membina negara (bukan membina pemerintah!), baik dari sudut sosio-budayanya mahupun sosio-politiknya, sebagaimana yang dituntut dalam Islam.

Akhirnya, penulis mengharapkan agar warkah pendek ini bakal mencerna aktivisme mahasiswa dengan laras fikrah yang suci, sesuai dengan keadaan Islam itu yang menjadi rahmah kepada sekelian alam..

1 comment:

keris panjang said...

Belajar.Jihad ko adalah belajar.Jihad ko adalah untuk penuhi harapan kedua2 orang tua ko.Jihad ko adalah untuk dapatkan 1st class degree.Jgn jadi bodoh sia2kan bila ada peluang untuk belajar. Dapatkan degree dgn cemerlang dulu.Kalo ko kene buang,siapa yg susah? Diri sendiri juga. Dan ko akan menyesal tak sudah2.