Monday, June 22, 2009

PAS Perlu Lebih Matang Berpolitik

Menyelusuri keadaan yang berlaku dalam politik Malaysia semasa sekarang, PAS perlu lebih matang dalam berpolitik. PAS tidak boleh lagi berfikir dengan kerangka pemikiran yang lama, bahkan perlu ada paradigma sebagai 'government in waiting' pada seluruh pendokong PAS.

Isu kerajaan perpaduan pada hakikatnya telah mencetuskan syak wasangka yang tidak kurang hebatnya kepada seluruh pendokong non-muslim dalam PAS. Mujurlah kenyataan-kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, baik dalam PKR mahupun DAP, kedengaran agak 'non-controvercial' sifatnya yang boleh memberikan sedikit nafas lega kepada pendokong Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Hakikatnya, PAS perlu belajar daripada rakannya di seberang iaitu Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang sangat terkehadapan dalam mengambil langkah politik, dengan mengambil sisi perjuangan yang bersifat negarawan & berminda pemerintah walaupun pada hakikatnya PKS belum lagi memerintah Indonesia.

Penulis berpandangan bahawa PAS akan muncul sebagai sebuah parti besar dalam 5 tahun akan datang. Dengan syarat, PAS terus komited dengan momentumnya ketika sebelum tercetusnya isu kerajaan perpaduan & cakap-cakap untuk bergabung dengan UMNO. Dengan keupayaan menaungi masyarakat berbilang kaum atas nama Islam, PAS hanya perlu menyediakan pemimpin yang benar-benar berkaliber sahaja untuk terus melestarikan kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut dalam upaya untuk memerintah Malaysia di masa akan datang.

No comments: