Pagi ni penulis diberi tanggungjawab untuk memberikan penerangan tentang tatacara & kaedah demonstrasi samada berbentuk amali dan praktikal kpd adik-adik yang akan masuk ke KL. Sungguh penulis benar-benar bersemangat sekali bila mengenangkan mereka inilah yang akan meneruskan idealisme perjuangan anak muda atau lebih sinonim dengan gelaran 'mahasisiwa'.
Pada mereka inilah penulis pasakkan segunung harapan agar mereka bisa menyerap & menderap langkah perjuangan dengan lebih kemas & teratur, jauh lebih baik berbanding penulis & rakan-rakan pada waktu ini. Penulis menginginkan agar adik-adik ini dapat mencorak zaman mereka sendiri pada suatu masa kelak agar ianya menjadi contoh & rujukan kepada zaman selepas mereka.
Di telinga pada ketika ini masih terngiang-ngiang ungkapan keramat yang pernah dilontarkan oleh tokoh akademik, iaitu Prof Diraja Ungku Aziz yang merujuk kepada perjuangan anak muda yang bergelar mahasiswa, "Biarkan mereka itu mencabar, asalkan tidak tinggalkan belajar!!"
Bukanlah suatu tugas yang mudah untuk membentuk paradigma anak-anak yang masih 'hijau' ini agar mereka tampil sebagai aktivis & pemimpin gerakan mahasiswa yang dinamik, akan tetapi inilah cabaran yang akan penulis tempuh untuk memastikan tradisi mencabar ini terus subur di alam kemahasiswaan.
Bagi penulis sendiri, selain berfikir & terus berfikir untuk mencorak perjuangan pada zaman ini, tugas untuk menelurkan bakal-bakal pemimpin gerakan ini merupakan suatu perkara yang sangat-sangat menjadi keutamaan pada masa ini.
Apa yang pasti, pada fasa latihan ini akan penulis pasakkan suatu kejelasan pemikiran kepada mereka akan nilai sebuah perjuangan yang patut mereka tumpukan kelak agar mereka tidak hanya menjadi generasi mahasiswa yang ibarat 'lembu ditarik hidung', bahkan mampu membawa orang bersama-sama mereka untuk mencanting suatu landskap perjuangan yang bersifat kontemporari & sesuai dengan zaman mereka nanti.
Akhirnya, penulis memohon doa daripada kalian yang lain, agar diri ini mampu memberikan 'sesuatu' kepada adik-adik ini, sesuai dengan daya keintelektualan mereka sebagai suatu entiti yang bakal bergelar 'mahasiswa'.

No comments:
Post a Comment