Tuesday, June 30, 2009

Rintihan Belasku Buat Ibu & Ayah Izzuddin serta Syahruldeen

Berita yang beru penulis baca dalam um-today.com & mahasiswakini.com, cukup menyayat hati penulis sebagai seorang manusia biasa. Tidak pernah terbayang di fikiran penulis bagaimana 2 orang individu yang belum tentu dibuktikan bersalah, telah 'dihukum' keluarganya, dengan penafian hak untuk memperoleh maklumat & pemakluman awal tentang penahanan anak mereka.

Dan penulis tidak dapat melupakan wajah sayu orang tua mereka yang sangat terhiris dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Ya, penulis dapat membayangkan air mata sayu yang keluar dari kelopak mata ibu & ayah mereka...

Bahkan lebih menyedihkan, kedua ibu bapa mereka juga terheret dengan kerisauan takut-takut anak mereka juga mengalami nasib yang sama seperti mendiang Kugan, yang ditemui mati dalam tahanan polis selepas penahannya tidak dimaklumkan kepada kedua ibu & bapanya.

Pada penulis, inilah dugaan yang paling perit buat mereka selaku ibu & ayah yang menyayangi anaknya lebih daripada segala-galanya. Allahuakbar.. Agaknya mampukah penulis untuk menghadapi dugaan yang sama sebagaimana yang dialami mereka...?

Dan kerana itulah, penulis & pimpinan-pimpinan lain dalam PMIUM telah sebulat hati untuk memberikan bantuan guaman kepada keduanya kerana kami tidak mahu kesedihan yang ditanggung oleh mereka, dibebankan lagi dengan keterdesakan untuk mencari peguam peribadi yang yurannya pasti mencecah puluhan ribu ringgit.

Oleh yang demikian, penulis dengan rendah hati menyeru kepada seluruh mahasiswa di luar sana, pandanglah mereka yang teraniaya ini dengan pandangan belas, bukan sekadar menghukum yang pastinya menambahkan lagi kesedihan waris mereka yang telah sedia menanggung derita yang tidak terucap dengan kata-kata...

4 comments:

KingMalaya said...

pada sy anda sebenarnya penakut... lihat anwar ibrahim, sewaktu dia mengadakan demo pelajar, beliau tidak berganjak dan sanggup berdepan apa shj risiko... sebab itu dia disanjung sampai sekarang...

berkenaan Rosmah mansor, jika saudara berasakan tuduhan saudara benar gunakan saluran yang betul. bentangkan kepada rakyat apa yang anda istilahkan sebagai bukti itu... jika pun polis mengambil tindakan rakyat akan bangun keseluruhannya...

atau adakah anda cuma berpaut pada kata2 RPK??? yg sekarang ini menghilangkan diri entah ke mana... jika RPK benar-benar bertanggungjawab atas kenyataannya kenapa dia menghilangkan diri??? alasan yg di bagi mungkin tidak percaya pada sistem kehakiman... tetapi tidak percayakah dia kepada KUASA ALLAH??? ALLAH boleh jadikan apa shj mengikut KEHENDAKNYA...

anda menggadaikan masa depan anda dengan melakukan perkara ini... tidak bolehkah anda bersabar sehingga tamat pengajian baru mulakan apa yg anda hendak lakukan sekarang... "lari tak semestinya takut". jika anda menggunakan sedikit akal fikiran yg dikurniakan ALLAH saudara pasti beroleh sesuatu dari kisah yg saudara kelaskan sebagai "perjuangan" saudara... sebab itu yang membezakan diantara yang cerdik dan pura-pura cerdik. nah! apa sekarang saudara nak tunjukkan sebagai lesen untuk mengakui kecerdikan saudara... tahukah saudara, ramai golongan sependapat saudara di luar sana menganggap saudara sebagai insan yg mengecewakan. kerana perjuangan ini perlu berakhir tanpa sempat bermula pun. akibat kegelojohan saudara... mengaum tak semestinya kuat, mengiau tak semestinya lemah." belajarlah dari cerpelai yg mampu menewaskan ular yg jauh lebih berbisa dgn kesabaran yg tinggi...

kdg2 kita menganggap diri kita terlalu pandai dan apa yang kita lakukan dan fikirkan semuanya betul. kita cepat menghukum, tapi kita tak pernah belajar membetulkan sesuatu kesilapan. kita mudah dipengaruhi, cepat marah, ingin menunjukkan kehebatan, itulah sifat manusia... tidak pernah berusaha melakukan sesuatu yg lembut tapi berkesan, lebih suka menggunakan keekstreman sebagai medium ketidak puasan hati...

jika anda melabelakan ROSMAH sebagai puaka, kenapa anda juga perlu jadi PUAKA untuk menentangnya??? kenapa tidak jadi MALAIKAT untuk menentangnya??? amatlah merugikan sekarang... kegelojohan rakan2 saudara menghancurkan banyak hati...

renung hadis dibawah...
"Ketahuilah barangsiapa diperintah atasnya oleh seorang wali (imam), kemudian
dia melihat (imam tersebut melakukan) kemaksiatan kepada Allah maka hendaklah
dia membenci kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan oleh imam tersebut) dan tidak
boleh baginya melepaskan tangan (memberontak) dari ketaatan (kepada imam)" ( Hadits sahih riwayat Muslim dari Auf bin Maalik).


"Akan ada sepeninggalan ku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku
dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula ditengah-tengah
kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia. Aku
(Huzaifah) bertanya: Apa yang harus saya perbuat jika aku mendapatinya? Beliau
bersabda: (Hendaklah) kalian mendengar dan taat kepada amir, meskipun dia
memukul punggungmu dan merampas hartamu." (Hadits sahih Muslim no. 1847 dari Huzaifah
ibn Yaman).

yang mana anda akan ikut???
kata2 nabi atau kata2 tok guru???
renungkanlah...

***aku bersimpati dgnmu, kegelojohan mu menghancurkan byk hati. moga ALLAH mengampunimu...***

KingMalaya said...

anda menggelarkan diri anda sebagai bakal pemimpin, tetapi tindak tanduk anda tidak menunjukkan anda layak menjadi pemimpin... apakah cukup pergi berperang dgn keris tersisip dipinggang, tombak ditangan, sedangkan musuh menggunakan pistol???
saudara harus mengakuinya...

apa salahnya jika saudara menyiapkan diri sesiapnya... tgklah pejuang2, mereka menentang bukan dgn tgn kosong... didada mereka penuh ilmu, mereka ada ijazah, master, PHD. mereka bukan anak2 ikan seperti saudara... saudara mesti faham... tanpa pendidikan kita dipandang sepi. kesudahannya kita terpaksa bertempur sendirian...

renung2kanlah...

Tinta Biru said...

Siapa yang bertindak diatas kebodohans endiri sudah nya ibu bapa yang meanggung azam malu yang dibuat oleh anak2 yang tidak punya otak dan akal untuk berfikir...Anda belajar tinggi tapi pemikiran cetek seperti budak tahun 6...apa yang anda dan kawan2 anda lakukan bukan mengikut tindakan dan fikiran waras tapi mengikut hati dan kebodohan diri sendiri..nah sekarang tanggunglah akibatnya...

keris panjang said...

Berani buat berani tanggung lar brother.Apa lak nak sayu2.Kalo gitu nampak sangat korang ni sebenarnya penakut dan berjiwa lemah. Lagak saja yg lebih.

Mak bapak suruh belajar, korang senang2 musnahkan harapan mereka. Ko pun sama bertanggungjawab, brother. Jgn nak lepas tangan.