Pada hari Jumaat ini, bersamaan 17 Julai 2009, akan diadakan demonstrasi bantahan oleh mahasiswa Malaysia terhadap pembantaian & pembunuhan penduduk Selatan Thailand di hadapan Kedutaan Thailand, sejurus selepas solat Jumaat. Tuntutan & gesaan mahasiswa sepertimana yang telah disuarakan sebelum ini.
Demonstrasi ini juga bakal disertai oleh aktivis-aktivis mahasiswa di Indonesia & Thailand & diadakan serentak di hadapan Kedutaan Thailand di negara masing-masing. Ianya bakal memberikan impak yang besar dalam menunjukkan kebersamaan & solidariti mahasiswa di tiga negara ini untuk menolak kezaliman & penindasan yang dilakukan terhadap penduduk di Selatan Thailand.
Ianya juga bakal memberikan desakan yang kuat terhadap duta-duta di 3 buah negara ini untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan Thailand agar lebih adil dalam memberikan layanan kepada penduduk di situ.
Bahkan lebih jauh dari itu, mahasiswa menuntut supaya Narathiwat, Yala & Patani dimerdekakan daripada kerajaan Thailand. Hanya itu sahajalah jalan keluar setelah kegagalan demi kegagalan yang dicipta oleh kerajaan Thailand setelah berkurun lamanya dituntut untuk menangani isu ini.
Oleh itu, penulis menyeru kepada seluruh mahasiswa yang prihatin dengan pembelaan kepada penduduk di Selatan Thai untuk turut sama turun beramai-ramai dalam menyuarakan pendirian kita terhadap isu di Selatan Thai yang tidak kunjung usai ini.
No comments:
Post a Comment