Malam kelmarin & hari semalam telah berlangsung 'talk-show' tentang Islam yang dijalankan dengan kerjasama PMIUM, Young Muslim Project (YMP) & Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa'.
Menariknya pada program ini ialah panel yang dijemput untuk berkongsi idea. Ternyata, Bro Suhaib Webb, Bro Shah Kirit & seorang lagi jemputan yang berbangsa Greek (penulis lupa namanya) bukan calang-calang individu tatkala berperanan untuk mendekatkan pemahaman audien tentang Islam.
Yang lebuh menggembirakan penulis apabila yang terlibat dalam program semalam terdiri daripada mereka yang pelbagai latar belakang, baik di kalangan masyarakat majmuk Malaysia (termasuklah non-muslim) & kalangan mahasiswa-mahasiswa luar (foreign student) yang menuntut di UM sendiri.
Sudahlah ramai, program 2 hari tersebut juga diserikan dengan perdebatan-perdebatan antara audien & panel jemputan yang berbeza pemikiran & hujah. Fuh! Penulis cukup puas tatkala menyaksikan perdebatan tersebut kerana pada penulis, jarang program-program agama yang 'mengizinkan' perdebatan yang sebegini rupa.
Sungguhpun begitu, penulis mengharapkan agar gelombang ini tidak mati setakat di sini sahaja. Dan kalau boleh, selepas menyaksikan Dewan Kuliah Utama APIUM penuh dengan audien yang ramai, penulis bercita-cita untuk 'memindahkan' program seumpama ini ke Dewan Tunku Canselor (DTC) pula selepas ini.

No comments:
Post a Comment