Hari ini sepanjang sebelum solat Jumaat, GAMIS Lembah Klang akan menggerakkan promosi konsert di sekitar masjid-masjid utama di kawasan KL & Selangor. Gerak kerja gempur promosi tersebut akan bermula sekitar jam 11 pg hinggalah jam 12.30 petang.
Fokus gempur kali ini ialah untuk mewar-warkan kepada kelompok jemaah muslimin yang hadir untuk solat Jumaat nanti tentang kewujudan konsert tersebut & pada masa yang sama membuka booth jualan tiket sebelum & selepas solat Jumaat. Dijangka sebanyak 2000 risalah tentang maklumat konsert bakal diedarkan untuk satu-satu masjid.
Antara masjid-masjid yang akan digempur ialah Masjid Bulat (Sek 14 PJ), Masjid Kg. Tunku, Masjid Abu Bakar Jln Bangsar, Masjid Wilayah, Masjid Negara, Masjid Shah Alam, Masjid Kg. Baru, dan banyak lagi.
Namun yang pastinya, tumpuan sepenunya adalah jualan tiket secara terus kerana Jawatankuasa Konsert Antara Dunia mensasarkan sebanyak 50 000 tiket terjual secara keseluruhannya. Jika seandainya target ini tercapai, ianya mampu menyaingi mana-mana konsert artis-artis popular tanah air.
Justeru besarlah harapan penulis agar gerak kerja untuk hari ini dapat berjalan dengan baik. Juga semoga target jualan tiket yang telah disasarkan memperoleh pencapaian yang diharapkan. Amin....
No comments:
Post a Comment