Wednesday, July 8, 2009

Berhentilah Membuat Tuduhan...

Asalnya penulis tidak ingin mengemukakan argumentasi-argumentasi perihal ketidakterlibatan penulis dalam kes yang berlaku di UM baru-baru ini. Penulis pada peringkat awalnya ingin seluruh mereka yang prihatin tentang isu ini agar berfikir secara adil & menilai adakah logik penulis terlibat dalam gerak kerja itu.

Ianya bertitik tolak daripada keyakinan penulis terhadap pandangan umum bahawa, kalau kita menafikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, nampak sangat kita yang melakukan perkara tersebut.

Namun harapan penulis hanya tinggal harapan. Semakin penulis diam, semakin banyak pula suara-suara yang menyerang. Tidak perlulah penulis sebutkan siapa orangnya, kerana bagi mereka yang belajar di APIUM, pasti mereka dapat meneka kelompok mana yang terlibat dalam kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.

Dan lagi, terlalu banyak juga suara-suara di luar sana yang mempengaruhi khalayak untuk lebih mempercayai penulis sebagai ‘dalang’, lebih daripada yang berfikir secara waras bahawa penulis tidak terlibat. Antara sebab-sebab yang diberikan ialah, pengakuan mereka yang ditahan yang menyabitkan nama penulis sebagai antara mereka yang terlibat.

Kelmarin rakan penulis berjumpa sendiri dengan mereka yang baru dilepaskan baru-baru ini. Mereka mengaku bahawa mereka berada dalam keadaan ‘blur’ serta tertekan ketika disoal siasat & banyak butir-butir yang keluar daripada mulut mereka lebih kepada jawapan di bawah tekanan, selepas diasak mental & fizikal oleh pegawai penyiasat.

Justeru, bagaimanakah kita yakin bahawa pihak polis tidak akan menyabitkan dengan sesiapa sahaja dalam keadaan mereka yang sedemikian rupa? Jika tidak, masakan mereka menafikan pengakuan bersalah yang telah mereka buat sebelum itu ketika sebutan kes yang lalu dengan berpendirian bahawa mereka tidak bersalah? Masyarakat di luar sana boleh berfikir secara rasional...

Persoalan yang lain, kalau penulis tidak bersalah, kenapa penulis tidak terus berhadapan dengan pihak polis? Baik, penulis telah terangkan kepada ahli PMIUM yang lain bahawa penulis sedang mengambil masa untuk bersedia dengan peguam. Setelah berbincang, mereka meminta untuk penulis tidak menyerah diri dahulu & menunggu beberapa waktu sebelum memberikan kerjasama.

Penulis nak sebut, penulis akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam masa terdekat ini, setelah segala persediaan yang sepatutnya telah sempurna. Ya, penulis akan berdepan juga kerana penulis yakin bahawa penulis tidak bersalah dalam hal ini.

Kalau ingin menggunakan sentimen yang penulis tidak suka Rosmah Mansor untuk mengaitkan penulis dalam hal ini, penulis rasa ianya merupakan suatu pandangan yang tidak tepat. Berfikirlah… Penulis juga punya akal untuk berfikir dalam mengambil langkah untuk membuat sebarang bantahan.

Jika benar-benar penulis ingin membuat bantahan terhadap kehadiran Rosmah pada hari tersebut, pertama sekali, penulis akan membuat surat bantahan terhadap Naib Canselor UM & Pengarah APIUM sendiri.

Kalau ianya tidak berhasil, penulis sendiri akan mengambil inisiatif untuk menghimpunkan seluruh aktivis mahasiswa yang ‘concern’, untuk membuat himpunan aman di hadapan bangunan akademi tersebut & memanggil media untuk membuat liputan secara langsung. Lebih berkesan, lebih jelas. Baik, itu ceritanya kalau penulis benar-benar ingin membantah…

Oleh yang demikian, penulis meminta masyarakat di luar sana maklum tentang isu ini. Berhentilah daripada mendengar dakwa-dakwi mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana keadaan itu hanya menyebabkan anda semua semakin jauh dengan fakta yang benar.

Di pihak penulis, penulis akan terus konsisten untuk memperjuangkan kebenaran, sekalipun penulis terpaksa membayar harga yang mahal untuk itu.

9 comments:

Anonymous said...

ekau pun borontilah buek tuduhan kek rosmah...
ko bueklah reformasi macamano nak majukan Islam, Bangso dan Negaro.. baru org respek.. kao kan pandai sekolah tinggi...

dhomnirhahs said...

biasola tu .. kalau kita boleh menuduh .. mengapa org takleh menuduh ? oh lupo .. kito ni mr presiden .. makonya kita ni suci sesucinya ..

haha.. sodapkan penangan tuduh menuduh ni .. sakit dapat,dosa pun dapat ..

dhomnirhahs said...

"Ianya bertitik tolak daripada keyakinan penulis terhadap pandangan umum bahawa, kalau kita menafikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, nampak sangat kita yang melakukan perkara tersebut." - pengarang ..

hehe.. macamtule jugak agaknya Najib dan rosmah. ekau pulak menuduh terus je boleh plak .. pandai berkalih kalau kena kat batang idung sendiri.

Anonymous said...

kena diri sendiri nak kan kebenaran dan bukti. tuduh rosmah macam macam tak kemukakan bukti. Kamu bersihkanlah diri kamu. itukan car yang kamu ajar agar rosmah lakukan. kena diri sendiri berbelit pulak. bertaubatlah.jangan lagi jadi lidah bercabang dan hanya mempunyai 1 telinga. mungkin kamu kot. Itu yang dikata oleh pak samad tempoh hari

justice through law said...

hoi budak mentah.kau xpayahla nk temberang org kt blog.kwn ekau yg dua org tu dh ngaku dgn pensyarah APIUM yg diorg buat.habis pengakuan yg diorg buat dkt pensyarah ai tu sbb kene paksa ke?mmgla masa soal siasat dgn polis diorg xngaku?yela sbb dh dpt nasihat dari peguam.tula kau ni bengong.menuduh bini pm xpe plak.ko ni buat malu akademi islam la.belaja kasi habis dulu.zaman dulu pmium xmcm ni.aku tahu kau ni suka komplen.riikki2 aku dkt um mmg semua org tau kau suka komplen..semua xkene.

Anonymous said...

Penghuni Gua : Merayu nampaknya Presiden PMIUM ini. Beliau meminta agar masyarakat tidak menuduhnya dan berhentilah mendakwa dakwi bahawa dia terlibat dengan perbuatan kianat susulan lawatan wanita pertama ke UM.

2. Juga rayuan beliau agar kita semua jangan mendengar dakwaan mereka yang tidak bertanggungjawab ( kononya ) menuduhnya bukan-bukan.

3. Nampak gayanya, pandai pulak budak ni nak membelit bila terkena pada diri sendiri. Bila kepada Rosmah beliau tuduh macam-macam dan fitnah segala tanpa bukti. Lepas fitnah dan menuduh Rosmah minta pulak Rosmah bersihkan diri sendiri.

4. Jadi saranan PG senang sahaja. Prinsip yang sama haruslah digunakan oleh sibudak mentah ini dalam usahanya untuk menyelesaikan masalahnya. Mencipta masalah, maka selesailah sendiri masalah. Jangan minta orang lain mencuci punggung anda pula.

5. Bila diri sendiri dituduh, didakwa , difitnah ( fitnah? ) pandai pula meminta bukti dan segala perkara. Bila menuduh dan memfitnah Rosmah, minta Rosmah memversihkan diri sendiri.

6. Kepada beliau, renung balik apa yang anda fitnah pada orang sebelum bercadang menulis di blog. Buat malu PMIUM sahaja. Husam dan PG tinggal dalam keadaan elok PMIUM dulu. Taklah sedangkal ini jawatankuasanya.

7. Belajar dululah. Lihat semua perkara itu secara holistik. Buka minda luas-luas dan bercampur dengan semua orang. Jangan berpuak. Dunia ini dicipta oleh Allah dengan berbagai kumpulan dan bangsa. Minsti ada tujuannya. Salah satunya Allah nak melihat kebijaksanaan kita menguruskan perbezaan ini yang merangkumi bangsa, agama, pendidikan, budaya dan sebagainya.

8. Hidup ini tak sukar jika kita membuka minda untuk memikirkannya.

fakta yang mustahak bila kita bercakap dan menulis ni. belajar undang2 sikit. bukan perlu jadi pakar.

justice through law said...

itula kalau nk bercakap guna otak ok jgn guna kepala lutut.ada paham?
aku setuju dgn penghuni gua.kalau kene atas hidung sendiri ckp fitnah.kalau bab nk menuduh orang lain xpe..itu bukan fitnah.sapa ajar ekau ni?kau ni anak sapa?buat malu company famili jo.

lagi satu ekau jgn raso diri tu hebat sgt.kalau setakat presiden pmi jgn rasa hebat nk cabar pihak polis.karang dh masuk lokup tau la kau langit cerah ke gelap.kene picit telor baru kau tau.aku hangin tgk kau nk cabar polis.kau ingat kau sapa?siap nk cabar pihak um lagi tu.mcm aku xtau kau kempen dkt um dgn asik komplen.kalau diri rasa hebat berhenti belajar,pegi masuk pas.jd barua pas.aku rasa parti pas pun xnak amek org bangang mcm ko ni.lagi satu kau didik sikit bdk2 pmi bwh kau tu.jgn nk buat tamrin2 sir.buat tamrin tp pengisian panggil pak lebai pas.

Shazni Munir Mohd Ithnin said...

Alhamdulillah... Terima kasih bagi yang memberi komen. Pada saya, biasa bagi kita untuk tidak bersetuju antara satu sama lain. Cuma bagi mereka yang masih tidak berpuas hati & ingin berjumpa, boleh setup tarikh & tempat, kita berdepan. Kalau rasa tidak selesa untuk berdepan, boleh terus mesej atau call saya di no yang tertera di laman web PMIUM. Saya dididik dalam perjuangan ini untuk berdepan dengan semua pihak samada setuju ataupun tidak. Untuk makluman, saya telah hantar surat peribadi kepada beberapa pimpinan negara untuk berdepan di khalayak ramai dalam menyatakan pendirian saya berhubung isu2 dalaman negara.

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Tiada kata yang boleh ana luahkan melainkan puisi "Kepada Saudaraku M. Natsir" ini.

Meskipun bersilang keris di leher
Berkilat pedang dihadapan matamu
Namun yang benar kau sebut juga benar

Cita Muhammad biarlah lahir
Bongkar apinya sampai bertemu
Hidangkan di atas persada nusa

Jibril berdiri sebelah kananmu
Mikail berdiri sebelah kiri
Lindungan ilahi memberimu tenaga
Suka dan duka kita hadapi
Suaramu wahai natsir, suara kaum-mu

Kemana lagi, natsir kemana kita lagi
Ini berjuta kawan sepaham
Hidup dan mati bersama-sama
Untuk menuntut ridha ilahi
Dan akupun masukkan
Dalam daftarmu....!

Hamka
Bandung, 13 November 1957

Teruskan perjuangan-mu sahabat!