Friday, July 3, 2009

Alhamdulillah, sokongan yang tidak dijangka-jangka..

Saya baru dimaklumkan oleh rakan-rakan yang lain bahawa kampus di Lembah Klang telah memberikan sokongan terbuka terhadap mahasiswa dalam isu penentangan terhadap Rosmah ini. Terima kasih saya ucapkan..

Dan lebih memeranjatkan, kampus-kampus di bahagian utara & timur pun turut memberikan sokongan walaupun tidak secara terbuka. Penulis melihat ini sebagai suatu yang positif ke arah kebangkitan aktivisme kemahasiswaan. Ayuh teman-teman...

Dan tidak sekadar itu, NGO-NGO yang turut terkehadapan dalam soal hak asasi & keadilan ini juga turut menyatakan sokongan kepada mahasiswa untuk berdepan dengan isu ini.

Benar... Saya benar-benar berharap agar mood sokongan ini dapat terus dipanjatkan di seluruh peringkat masyarakat... Ya, ke seluruh peringkat masyarakat...

_____________________________________________________________________________________

Ya Allah...
Ku yakin Engkau akan membuka jalan kebenaran & keadilan ini ya Allah...
Bimbinglah kami ya Tuhan...
Agar apa yang kami usahakan ini selari dengan perencanaan-Mu...

Jangan Kau lemahkan kami sebelum kami menemui hakikat kemenangan dalam perjuangan ini ya Allah...
Kepada-Mu kami sembah, & kepada-Mu meminta pertolongan..

Bantulah kami ya Allah..
Bantulah kami ya Allah..
Bantulah kami ya Allah..

Amin Ya Rabbal Alamin...

10 comments:

Tinta Biru said...

Jangan nanti sokongan yang membawa rebah...baik belajar je lah...kata orang suar kecik pun masih mak ayah belikan jangan lah sibok2 pulak nak buat benda yang tak ada faedah ni..Sayang kalau ilmu yang ada digunakan pada perkara2 yang membodohkan diri sendiri...Inilah manusia2 yang tak tahu erti bersyukur....

Unknown said...

tahniah shazni!
kpd semua,cthilah mahasiswa2 dluar ngra yg brani & lntg m'kritik kepincangan k'jaan mereka..

igtlh,satu ms nnt kte akan m'warisi kepimpinan ngra ini..klu kte xbtndk skrg,bila lg?

woi tintabiru,ko ni btul2 xpeka lah dgn situasi skrg.mcm katak bwh tempurung..ilmu klu xdiamalkn sia2 je..
cth mcm ko la,ada ilmu xtau nk pikir..pe laa...

Unknown said...

Apakah kita ingin menjadi spt golongan reformasi di Iran yang menyanggah kemenangan Ahmadinejad?
Apakah yang mahu saudara bawa?
Apakah sudah kuat minda dan kecemerlangan saudara?
Buktikan saudara berjaya, sekurang-kurangnya menjadi yang terbaik dikalangan terbaik..
Jgn lah org sebut nanti, ini presiden cakap je lebih!!!!
Presiden PMI UTM zaman 90an pun x ada yang hampehh mcm nie..

Setakat bercakap berdegar2, isi pun x ada, anda bolehlah mewarisi kebanyakkan tokoh politik sekarang yg seumpama tong kosong....
Umpama itik dan ayam bercampur dalam satu reban, berkomunikasi!
Fikirkan...
Kembalilah kepada tujuan asal..
Buktikan kecemerlangan, orang lain suka bila saudara berperangai sebegini...

muhasabah lah diri saudara!

mie said...

subhanallah

berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki

buatlah yang terbaik
kalau reformasi saudara membawa kepada kebaikan..
usah buat kerana inginkan kuasa..
demi kepentingan diri..

amat sedih bila ada anak johor (segamat)
yang menyokong pada kemusnahan bangsa melayu sendiri..

Rough Easy said...

Sebagai mahasiswa, kita perlu bijak menilai situasi. Lebih dari itu, memilih keutamaan. Sudah terang lagi bersuluh keutamaan ilmu itu yg perlu didahulukan. Buktikan bahawa saudara shazni mampu jadi graduan kelas pertama API dan hebat tanpa tandingan. Maka selepas itu, cakap saudara akan lebih laku samada sebagai seorang pemimpin hatta sebagai seorang reformist sekali pun.

Kalau setakat nak memberi hujahan antara P Value dan R Value pon sudah pening. Di mana nilai saudara sebagai seorang intelektual?

Ada satu amalan mulia dalam Islam yakni muhasabah. Tapi, muhasabah diri sendiri, bukan muhasabah diri orang lain.

Renung2kan dan selamat beramal.

Shazni Munir Mohd Ithnin said...

Terima kasih banyak2 atas sokongan & teguran. Insya-Allah, segala kelompangan pada pihak saya, saya akan perbetulkan. Cuma permintaan saya, sahabat2 di luar sana dapat mendoakan agar saya terus tabah menempuh hari2 yang mendatang. Bukan mudah sebenarnya untuk buat keputusan di kala ramai kalangan rakyat di luar sana yang mempertikaikan ketelusan badan berkuasa & sistem kehakiman negara kita...

fadzly said...

Ko stil percaya kat RPK ke?
meh tgk blog ni

http://obefiend.blogspot.com/2009/06/how-i-punked-malaysia-today-and-rpk.html

bukti rpk pembohong

dhomnirhahs said...

"woi tintabiru,ko ni btul2 xpeka lah dgn situasi skrg.mcm katak bwh tempurung..ilmu klu xdiamalkn sia2 je.." - langatboy

apa ilmunya yang digunapakai ? tuduhan hanya berdasar karangan.. tindakan bagai tidak ada akal .. berilmukah itu ?

Rough Easy said...

Jihad seseorang siswa itu ialah jalan ke arah kecemerlangn ilmu.

Anonymous said...

salam tuan,

kalau iye pun ade tuduhan kat rosmah saya sarankan saudara buat report pada polis... biar polis buat kerja.. kalau polis tak buat kerja, Allah akan membalasnya.. adakah tuan tidak yakin dengan urusan Allah..

menconteng, mengutuk dan berdemo bukanlah cadangan yang berkesan malah menimbulkan ketidaksejahteraan.. buktinya juga gharar dan tidak jelas.. malah untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang berzina pun perlukan 4 orang saksi yang beriman... jika ya rosmah tidak berjaya dipersalahkan didunia biarlah akhirat yang menentukannya..
jika hendak diisytihar perang sekali pun kepada rosmah adakah rosmah memerangi Islam secara terang-terangan atau menceroboh & mengancam harta & keluarga saudara?

saudara fikir-fikirkanlah.. Islam itu mudah..