Wednesday, July 1, 2009

Cebisan Harapan Pada Keadilan

Penulis pada hari ini ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa & kalangan rakyat yang prihatin untuk bersama-sama dengan keluarga Izzuddin Hilmi & Mohd Syahruldeen dalam mengharungi perit-jerih perbicaraan yang telah disebut kesnya hari ini.

Namun, penulis terkilan sebenarnya kerana mereka masih dikenakan bayaran jaminan sebanyak RM5000, yang jelas di luar kemampuan mereka. Justeru seluruh mahasiswa diminta melancarkan ops kilat untuk mengutip derma bagi membolehkan mereka dibebaskan dari tahanan.

Sungguhpun telah dibicarakan, penulis masih lagi tidak dapat menyembunyikan kerisauan penulis terhadap perjalanan perbicaraan yang akan dijalankan.

Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?

Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran.

Walau bagaimanapun, penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, & hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama.

Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah.

Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA7 berulang, penulis & seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut.

Oleh yang demikian, penulis meminta kepada kepada seluruh lapisan masyarakat yang prihatin terhadap isu ini agar berdoa & bersolat hajat, khusus untuk memohon pada Yang Maha Berkuasa agar keadilan kembali bertapak buat mereka.

Bagi mereka yang tidak henti-henti dengan 'gerak kerja yang cukup istiqamah' untuk mengkambinghitamkan mahasiswa, cukuplah penganiayaan yang menimpa mereka yang telah kalian usahakan. Jangan ditambah lagi penderitaan mereka dengan tindakan & perilaku biadab kalian sehingga memanjangkan sengsara kepada keluarga & saudara-mara mereka..

3 comments:

Ummu Syazwina said...

sama2 kita perjuangkan.

Janji Allah itu pasti.

Anonymous said...

dalam islam, sesiapa yang menuduh, berikan bukti. kamu ni bodoh sangat ke. kamu tuduh orang kemudian suruh saman. lepas tu suruh polis siasat. kalau saya kata mak kamu pernah melacur. kamu atau mak kamu ke buktikan atau pihak polis? jawapannya saya yang kena buktikan atau saya akan disaman. itu pun kalau yang kena tuduh nak saman. kalau rosmah tak nak saman fitnah, itu hal dia le. kerja lain banyak. apa sibuk nak layan tuduhan bodoh kamu ni. ini anologi mudah. tak perlu belajasr tinggi. tulisan kamu pun pun macam, tak sekolah. apa bodoh sangat. harap tanda aje hitam di dahi. isi neraka anda asyik fitnah orang.

dhomnirhahs said...

"Blogger uMMu Mujahidah said...

sama2 kita perjuangkan.

Janji Allah itu pasti."

memang iya .. tapi memfitnah dosanya sama membunuh .. janji allah itu pasti